Pasukan Harimau Muda yang beraksi di kelayakan bawah 22 AFC
Selesai ulasan mengenai Euro 12,saya ingin berkongsi pengalaman mengenai kelayakan AFC bawah 22 pula.Pada kelayakan ini telah melahirkan bintang muda,Rozaimi Abdul Rahman yang berterusan menjaringkan gol untuk membantu Harimau Muda terus mengaum.Langit tidak selalu cerah apabila pasukan Malaysia yang memerlukan kemenangan pada perhitungan terakhir dengan Myanmar di mana pasukan negara tewas 1-2.Kontroversi yang berlaku sebelum perlawanan itu iaitu penggunaan pemain lebih umur dalam kelayakan tersebut bertambah hebat setelah pemain tersebut meranapkan harapan negara.Page-page bola sepak di Facebook masing-masing mengkritik tindakan tersebut.Pihak-pihak media turut menyelar tindakan tersebut dan dengan jelas menyatakan bantahan.Namun yang saya amat kesali ialah pihak FAM yang bagai acuh tak acuh dengan kes ini.Para peminat bukannya terlalu inginkan Malaysia layak ke kejohanan tersebut melalui penyingkiran Myanmar tetapi mahu melihat ketulusan undang-undang dalam bola sepak.Saya sebenarnya sudah terlalu memendam rasa untuk melihat Malaysia untuk beraksi di peringkat tertinggi bukannya menjadi jaguh di ASEAN sahaja.Jujur saya katakan saya berasa amat cemburu dengan negara lain yang berjaya seperti Sepanyol.Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai bakat yang boleh dikembangkan jika kena acuannya.Namun begitu pihak FAM yang seperti mahukan keuntungan untuk mereka sendiri.Memang keupayaan pasukan tidak boleh dinilai daripada ranking tetapi rangkinglah yang membolehkan karier pemain-pemain berbakat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.Pihak FAM sendiri yang mengakui ranking itu tidak penting jadi bagaimana bola sepak negara hendak maju seiring kemajuan negara.Belum reda kes itu,timbul pula kes FAM enggan buat bantahan terhadap tindakan Myanmar.Sebagai seorang remaja,saya juga tidak berpuas hati degan tindakan FAM tersebut kerana hal ini melibatkan keadilan"Sekurang-kurangnya buatlah bantahan dahulu. Tak salah kita minta lakukan siasatan jika kita mengesyaki berlaku penipuan umur oleh pasukan Myanmar. Tindakan itu yang patut dilakukan oleh orang terpelajar. Hanya orang jahil saja yang tak nak buat bantahan - PROF TAN SRI DR KHOO KAY KIM (di petik dari akhbar Berita Harian)..Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Prof Tan Sri Dr tersebut kerana sejak di bangku sekolah lagi kita telah diajar supaya tidak mudah berputus asa sebelum mencuba bukannya mengibarkan bendera putih sebelum berperang.Akhir kata,saya ingin menyeru kepada semua pegawai-pegawai FAM,jika tidak ikhlas untuk memajukan bola sepak lebih baik berundur untuk memberi laluan kepada yang benar-benar ikhlas untuk memajukan bola sepak negara kita.AUUMMMM.majulah bola untuk negara.
Geram btol ak ko tau aa....dorg igt ni mcm politik kpartian kerr nk tipu2 org....kalo hal bola ssh laa nk buat cterr cover slh XXM....:-B
BalasPadam